Oleh kerana saya menggemari jenama kereta Mercedes-Benz, saya berfikir: "Bagaimana kalau saya memblog tentang jenama kereta yang terserlah ini?"
Mercedes-Benz (juga disebut sebagai "Mercedes", "Benz" ataupun "Merc") adalah satu jenama
Jerman bagi
kereta,
bas dan
lori di bawah syarikat
DaimlerChrysler (sebelum ini oleh
Daimler-Benz dari tahun 1926-1998). Syarikat Daimler-Benz terbentuk pada
28 Jun 1926 hasil penggabungan 2 syarikat perintis automotif iaitu
Benz & Cie. dan
Daimler Motoren Gesellschaft (DMG). Pemilik kedua-dua syarikat tersebut iaitu
Karl Benz (pemilik Benz & Cie.) dan
Gottlieb Daimler (pemilik DMG) dianggap sebagai perintis kepada industri automotif berasaskan
enjin petrol; kereta ciptaan Daimler adalah
kereta kuda yang digerakkan oleh enjin manakala kereta ciptaan Benz dibina dengan kerangka rekaan sendiri.
Kedua-dua syarikat tersebut bergabung pada tahun 1926 membentuk Daimler-Benz, dan kemudiannya pada tahun 1998 Daimler-Benz bergabung dengan syarikat kereta dari
Amerika Syarikat iaitu
Chrysler untuk membentuk
DaimlerChrysler. Malangnya, bahagian Chrysler sering mencatatkan kerugian besar sehingga menjejaskan pendapatan keseluruhan DaimlerChrysler, oleh itu DaimlerChrysler menjual sahamnya di dalam Chrysler dan meninggalkan baki 20% saham (minoriti).
Sejarah
Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabila Karl BenzGottlieb Daimler (1834–1900), bekerja dengan Wilhelm Maybach (1846–1929), masing-masing mencipta keretaenjin pembakaran dalaman di selatan Jerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain. (1844–1929) dan yang digerakkan
Karl Benz mempunyai sebuah kedai di
Mannheim dan mencipta
kereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman pada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagai
Benz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai "enjin jam besar"
(grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing-masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia.
Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba oleh
Emil Jellinek (1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaitu
Mercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909.
Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina di
England dan bukannya di
Jerman.
Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasa
Perang Dunia Pertama, dan akhirnya bergabung membentuk
Daimler-Benz AG pada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai
Mercedes-Benz. Selain
kereta,
bas dan
lori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dan
kapal terbang, malah
kapal udara Zeppelin juga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929.
Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti model
A-Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaitu
Smart turut menghasilkan kereta mampu milik seperti
Smart ForTwo dan
Smart ForFour.
Sukan bermotor
Sebelum penggabungan pada 1926, kedua-dua syarikat pengasas telah pun menikmati kejayaan dalam bidang
sukan bermotor. Oleh itu, sepanjang sejarah Mercedes-Benz, syarikat tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti sukan bermotor. Sungguhpun demikian, Mercedes-Benz pernah berundur sepenuhnya dalam arena sukan bermotor, terutamanya pada penghujung 1930-an dan selepas
Bencana Le Mans 1955, di mana sebuah
Mercedes-Benz 300SLR bertembung dengan sebuah kereta lain dan membunuh lebih 80 penonton. Hanya setelah lewat 1980-an barulah Mercedes-Benz kembali semula ke barisan hadapan persaingan - mula berlumba semula di dalam perlumbaan Le Mans serta menyertai lumba kereta bersama
Sauber.
Sebab utama Mercedes-Benz menyepi dari arena perlumbaan pada masa tersebut adalah kerana reputasinya sebagai pemimpin industri automotif dalam soal keselamatan kenderaan. Mercedes-Benz sering memperkenalkan inovasi keselamatan kenderaan seperti
beg udara dan
ABS serta turut melesenkannya kepada syarikat automotif lain. Dengan itu, Mercedes-Benz dilihat lebih mementingkan aspek keselamatan penumpang daripada keuntungan dan persaingan pasaran.
Kini, Mercedes-Benz sedang bergiat aktif di dalam
Formula 3,
DTM dan
Formula Satu. Semasa menyertai Formula 1, syarikat tersebut memiliki sebahagian
Pasukan McLaren serta membekalkan enjin kepada pasukan tersebut sejak 1995. Perkongsian tersebut membawa kejayaan besar, termasuklah Kejuaraan Pemandu bagi
Mika Hakkinen pada tahun 1998 dan 1999 serta Kejuaraan Pembina pada 1998. Usaha sama turut dipergiat dalam penghasilan kereta jalanan seperti
Mercedes-Benz SLR McLaren.
Benz Patent Motorwagen 1886 (Replika).
Kereta sebenar pertama di dunia.
1930 Mercedes-Benz SSK "Count Trossi"
1955 Mercedes-Benz 300SL Gullwing Coupe
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mercedes_Benz