Thursday, January 7, 2010

Jenama Kereta Kegemaran Saya:Mercedes Benz

Oleh kerana saya menggemari jenama kereta Mercedes-Benz, saya berfikir: "Bagaimana kalau saya memblog tentang jenama kereta yang terserlah ini?"

Mercedes-Benz (juga disebut sebagai "Mercedes", "Benz" ataupun "Merc") adalah satu jenama Jerman bagi kereta, bas dan lori di bawah syarikat DaimlerChrysler (sebelum ini oleh Daimler-Benz dari tahun 1926-1998). Syarikat Daimler-Benz terbentuk pada 28 Jun 1926 hasil penggabungan 2 syarikat perintis automotif iaitu Benz & Cie. dan Daimler Motoren Gesellschaft (DMG). Pemilik kedua-dua syarikat tersebut iaitu Karl Benz (pemilik Benz & Cie.) dan Gottlieb Daimler (pemilik DMG) dianggap sebagai perintis kepada industri automotif berasaskan enjin petrol; kereta ciptaan Daimler adalah kereta kuda yang digerakkan oleh enjin manakala kereta ciptaan Benz dibina dengan kerangka rekaan sendiri.
Kedua-dua syarikat tersebut bergabung pada tahun 1926 membentuk Daimler-Benz, dan kemudiannya pada tahun 1998 Daimler-Benz bergabung dengan syarikat kereta dari Amerika Syarikat iaitu Chrysler untuk membentuk DaimlerChrysler. Malangnya, bahagian Chrysler sering mencatatkan kerugian besar sehingga menjejaskan pendapatan keseluruhan DaimlerChrysler, oleh itu DaimlerChrysler menjual sahamnya di dalam Chrysler dan meninggalkan baki 20% saham (minoriti).

Sejarah 

Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabila Karl BenzGottlieb Daimler (1834–1900), bekerja dengan Wilhelm Maybach (1846–1929), masing-masing mencipta keretaenjin pembakaran dalaman di selatan Jerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain. (1844–1929) dan yang digerakkan

Karl Benz mempunyai sebuah kedai di Mannheim dan mencipta kereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman pada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagai Benz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai "enjin jam besar" (grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing-masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia.
Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba oleh Emil Jellinek (1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaitu Mercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909.
Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina di England dan bukannya di Jerman.

Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasa Perang Dunia Pertama, dan akhirnya bergabung membentuk Daimler-Benz AG pada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai Mercedes-Benz. Selain kereta, bas dan lori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dan kapal terbang, malah kapal udara Zeppelin juga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929.
Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti model A-Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaitu Smart turut menghasilkan kereta mampu milik seperti Smart ForTwo dan Smart ForFour.

Sukan bermotor

Sebelum penggabungan pada 1926, kedua-dua syarikat pengasas telah pun menikmati kejayaan dalam bidang sukan bermotor. Oleh itu, sepanjang sejarah Mercedes-Benz, syarikat tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti sukan bermotor. Sungguhpun demikian, Mercedes-Benz pernah berundur sepenuhnya dalam arena sukan bermotor, terutamanya pada penghujung 1930-an dan selepas Bencana Le Mans 1955, di mana sebuah Mercedes-Benz 300SLR bertembung dengan sebuah kereta lain dan membunuh lebih 80 penonton. Hanya setelah lewat 1980-an barulah Mercedes-Benz kembali semula ke barisan hadapan persaingan - mula berlumba semula di dalam perlumbaan Le Mans serta menyertai lumba kereta bersama Sauber.
Sebab utama Mercedes-Benz menyepi dari arena perlumbaan pada masa tersebut adalah kerana reputasinya sebagai pemimpin industri automotif dalam soal keselamatan kenderaan. Mercedes-Benz sering memperkenalkan inovasi keselamatan kenderaan seperti beg udara dan ABS serta turut melesenkannya kepada syarikat automotif lain. Dengan itu, Mercedes-Benz dilihat lebih mementingkan aspek keselamatan penumpang daripada keuntungan dan persaingan pasaran.
Kini, Mercedes-Benz sedang bergiat aktif di dalam Formula 3, DTM dan Formula Satu. Semasa menyertai Formula 1, syarikat tersebut memiliki sebahagian Pasukan McLaren serta membekalkan enjin kepada pasukan tersebut sejak 1995. Perkongsian tersebut membawa kejayaan besar, termasuklah Kejuaraan Pemandu bagi Mika Hakkinen pada tahun 1998 dan 1999 serta Kejuaraan Pembina pada 1998. Usaha sama turut dipergiat dalam penghasilan kereta jalanan seperti Mercedes-Benz SLR McLaren.

Benz Patent Motorwagen 1886 (Replika). Kereta sebenar pertama di dunia.
Benz Velo 1894.
1930 Mercedes-Benz SSK "Count Trossi"

1955 Mercedes-Benz 300SL Gullwing Coupe
 



                                                                                Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Mercedes_Benz

No comments:

Post a Comment